2011

PENYAMPAIAN HADIAH GALAKAN NILAM
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

24 OGOS

                             












                                                             BULAN MEMBACA

APRIL 2011





Dalam program ini, murid boleh membaca buku atau bahan bacaan lainnya pada bila-bila masa dan di mana juga mereka berada kecuali di tempat-tempat yang difikirkan tidak sesuai seperti dalam tandas, jalan raya, bawah pokok yang boleh mendatangkan bahaya dan sebagainya.
Dalam program ini juga, murid perlu mencatat tajuk-tajuk buku atau bahan bacaan masing-masing di dalam rekod yang disediakan khas untuk kempen galakan tabiat membaca.Sebagai galakan dan penghargaan, pelajar yang dapat membaca paling banyak diberikan hadiah dan sijil pernyertaan.
Pada tahun pertama program ini di perkenalkan, pelajar agak liat untuk menggunakan masa terluang mereka dengan membaca. Penyertaan juga sangat sedikit.Alhamdulillah, pada kali ini, kempen ini mendapat sambutan yang memberangsangkan walaupun bilik baru PSS dalam keadaan yang tidak teratur. Ini adalah kali kedua program ini dijalankan dan akan berterusan sehingga masa-masa akan datang.



Mac 2011

Operasi Pindah Bilik





Operasi memunggah dan memindahkan buku, bahan, perabut dan peralatan PSS dilakukan oleh beberapa orang murid yang dipilih secara rawak, Penagawas PSS dan juga beberapa orang guru bergilir mengikut kekosongan masa P&P masing-masing. GPM tidak dapat menyediakan banyak gambar kerana GPM sendiri sibuk mengarah dan mengatur juga terlibat dengan kelas P&P. Walaupun kerja-kerja ini dilakukan secara beransur maju, akhirnya operasi selesai pada pertengahan bulan April...kepada semua yang terlibat dengan operasi ini, saya sebagai GPM mengucapkan ribuan terima kasih...saya tidak akan dapat berganjak tanpa kehadiran dan pertolongan anda semua...terima kasih daun keladi...lain masa kita gotong royong lagi.